Lama tak update blog ni ... rindu..hari ni datang nak menyemak kejap kat blog ni. Entri kali ni pasal trip aku ke Jakarta - Bandung ,Indonesia. Trip ni under subjek World Destiantion..wajib kena pegi kalau tak ,repeat paper la sem depan. Best apa... sebab subjek ni subjek untuk kaki jalan macam aku ni ..hahaha... siapa yang suka travelling mesti suka subjek ni .Tapi yang tidak oknya sehari sebelum aku nak ke Indonesia demam panas, habis roommate aku semua bagi makan ubat,masakkan aku lauk and bagi aku ubat,kena tealn juga ubat panadol .Yang paling kejam sekali diorng cakap aku tak boleh pergi Bandung sebab orang sakit nanti kena tahan and orang sakit tak boleh shopping...kurang asam jawa betul diorng tu,macam budak- budak. Lepas telan je ubat and rehat tidur cukup - cukup and bangun kepala dah terasa ringan nasib baik lah cepat baik biarpun panas sikit je lagi. Kita orang pergi Jakarta - Bandung bertolak dari ke rumah start jam 2 setengah pagi dari Pasir Gudang, Johor Bahru.Ngantuk sangat-sangat sebab nak kena berjaga takut over sleep. Nanti ada pula yang merana tertinggal..hehhe.Jam dua setengah pagi tunggu kat ruma sewa.Satu bas express, kami ambik pakej travel agency ,so naik lah bas dengan muka yang tidak cukup tidur tu,tidur balik dalam bas.Masing - masing mata bengkak kena bangun awal sangat.. Sampai ja kat Singapore kena turun cek and ambik cop kat imigresen. Nak tak nak kena trun juga dengan bag - bag yang besar gedabak. Then lepas tu kitaorang ke sampai ke Airport Changi.tunggu setengah jam sebelum berlepas ke Jakarta Indonesia. Bila dah masuk ke pintu berlepas , nervous lah jugak,aku risau sebab tengok berita - berita pasal kapal terbang kat tv tu tapi sampai ke kat tempat duduk terus tutup mata tidur sekejap. Dah banyak kali tidur ,betul - betul macam panda. Finally selepas satu jam setengah,kitaorang selamat sampai ke Jakarta Indonesia.
Tempat first yang kitaorang pergi adalah Taman Mini Indonesia, semua replika bangunan sama saiz dengan bangunan yang original. Bangunan - bangunan yang terdapat di Taman Indonesia ini banyak contoh rumah Bali dan rumah - rumah tradisi dari kaum yang lain.
Tempat first yang kitaorang pergi adalah Taman Mini Indonesia, semua replika bangunan sama saiz dengan bangunan yang original. Bangunan - bangunan yang terdapat di Taman Indonesia ini banyak contoh rumah Bali dan rumah - rumah tradisi dari kaum yang lain.
Ramai orang datang kat tempat ni sebab banyak keunikan dan segala tempat yang kita boleh tengok. Lepas jalan - jalan terus naik bas,enat betul masa tu sampai sakit pinggang duduk dalam bas sebab nak gerak ke Bandung , dah lah tiga jam memang sampai je kat Bandung tu penat tak ingat. Then kita orang check in kat Hotel FAVE ..comelll girlish2 gituuuu...
Okay lah nanti aku sambung balik k? heheh maklum lah sekarang ni cuti sem, Tq for reading.. :)
Part two to be continued.....
Salam,
ReplyDeleteMy name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com
Thanks :)