Wednesday, January 11, 2017

REVIEW : Moisturizer Gel By Ulfaa Beauty

Assalammualaikum....hai semuaaaa... lama tak update blog,kali ni baru lah dapat update blog..kesibukan dengan study. So hari ni aku nak review tentang Moisturizer Gel yang di REKOMENKAN oleh classmate aku Aisyah.So aku try la dalam masa dua minggu perubahan dekat kulit muka aku pori - pori mengecil,muka rasa lembap,segar and aku suka apply sebelum nak pakai mekap..rasa glowing sikit tak nampak kering kulit muka ..Mesti ada yang dah cuba kan ? Antara banyak - banyak produk yang aku beli , produk by Ulfaa Beauty ni paling best sekali sebab apa? oke jom kita tengok antara kebaikan Moisturizer Gel ni.



  • Mengurangkan masalah kulit kering 
  • Menhilangkan kulit kusam 
  • Mengurangkan eyebag bawah mata 
  • Melembap dan menganjalkan kulit wajah 
  • Mengecilkan liang pori yang terbuka 
  • Memudarkan parut jerawat 
  • Menghilangkan garis halus bawah mata 
  • Mengurangkan masalah kulit yang berminyak 
  • Merawat eczema 
  • Merawat ruam kulit bayi





Tekstur yang lembut dan cepat menyerap pada kulit. NATURAL 95%  EXTRAK TIMUN.Sesuai untuk seisi keluarga dan boleh di bawa ke mana - mana sahaja. Boleh juga di gunakan sebagai pelembap untuk mekap. lagi tahan lama mekap .  Satu botol banyak benefit dia jimat oke.. aku pakai satu botol ni nak sebulan lebih dah sebab aku pakai time pagi dan malam je ..Apply sikit - sikit ,nak banyak pon boleh, Lagi sedap dipakai bila simpan kat dalam peti sejuk. Rasa sejuk kat kulit muka. So aku highly rekomen kat korang.  Sesiapa nak cuba boleh beli dekat sini : 

FACEBOOKChokie.Store
                                                   INSTAGRAM : Chokie.Store       


Saturday, July 23, 2016

Beauty Tips : MASCARA KIPAS ANGIN

Assalamualaikum ..

Selamat Hari Raya semua .... Lama tak update blog. Memandangkan ramai kawan - kawan aku tanya macam mana bulu mata aku boleh melentik masa raya berapa minggu yang lepas, Datang  pergi beraya kena tegur "ko pakai bulu mata palsu? "Aku yang baru je nak telan ketupat rendang. "Mana ada aku pakai bulu mata palsu,cuba ko tarik sikit je,jangan lebih ".  Kawan aku dengan suka hati dia je tarik sampai habis maskara aku tercabut sikit. " aah la bukan bulu mata  palsu". Lepas tu mula lah melarat dengan empat orang lagi sibuk nak tengok. Ingat ni tempat show bulu mata ke. Btw, raya kan sebulan so mesti lah ada rumah terbuka lagi kan? So aku  nak share sikit la kuasa maskara versi aku ni ngehehe.

Apa yang perlu korang ada cuma dua benda je :

1. Mascara 
2. Kipas Angin

Mascara aku lebih prefer Mascara Eye Opener dari Silkygirl. Yang paling best sekali tentang maskara ni dia waterproof. 
Sumber pic : google 


STEP PERTAMA :   
 Masa nak apply maskara tu korang kena menghadap kipas.. pasang la kipas nombor 1 jangan pasang nombor kuat sangat. 

STEP KEDUA : 
Bila dah pasang kipas angin menghadap ke muka , lepas tu korang apply maskara tu dari bawah dan tarik ke atas, apply sampai korang rasa dah ada maskara kat mata . Selalu aku sapu maskara sampai 10 kali kadang - kadang lebih dari 10 sampai bulu mata dah  naik sikit then aku kering kan kat kipas.

STEP KETIGA : 
Bila sapauan  maskara  yang pertama dah kering , korang apply lagi maskara kali kedua sampai dia dah naik keatas melentik. Cukup la sekali dua sapu untuk kali kedua nanti dia makin tebal plak. Lepas tu keringkan.Done :) 

P/S : masa nak apply maskara tu korang kena slow jangan sapu cepat sangat.

Senang je kan ? 

Nah i belanja sikit bulu mata kipas angin. Pic aq masa g beraya ngan member hari raya 




pic kedua 





Thursday, March 03, 2016

Trend Kasut Tinggi Online Murah


 
 
 
 
 
 
gambar hiasan sumber : google
 
 
 
 
Setiap wanita tahu akan mengenai pemakaian kasut tinggi atau high heels akan merasakan ketidakselesaan kepada mereka seperti kaki melecet ,sakit tulang kaki dan juga buku lali dan mereka juga kurang memberi perhatian terhdap risiko yang bakal dialami kepada tulang kaki mereka .Kebayakan wanita hanya memilih kasut kerana ingin tampil lebih berkeyakinan  dan cantik ketika berjalan kemna - mana sahaja .Selain itu juga dengan pemakaian kasut bertumit tinggi pasti akan membuat setiap wanita tidak dapat menggayakan kasut yang diidamkan ke setiap majlis yang dihadiri mahupun ke tempat kerja dan dalam keadaan yang  bersantai,Ini juga dapat memberikan perasaan diaman sebahagian daripada mereka akan menggayakan sepasang kasut yang dapat digunakan untuk ke semua majlis dalam tempoh masa yang panjang .
 
Pada zaman moden yang mengikut trend semasa pada masa kini ,pelbagai kasut yang ada dipasaran yang mengikut ciatrasa pelanggan yang menitikberatkan kasut yang selesa dan mudah untuk digunakan kemana - mana tempat.Terkini adanya pelbagai jenis kasut yang berjenama yang dapat dilihat dalam pelbagai laman web dan juga di pusat beli - belah .Jom kita lihat rekaan kasut diantara trend yang ada pada masa kini dalam laman web kasut tinggi online murah
 
           


 
Slingback Heels


Trend kasut tumit tingi yang sangat selesa dengan ketinggian inci yang rendah dan amat selesa dipakai untuk kemana - mana sahaja .Sesuai untuk ke majlis - majlis santai dan juga boleh digayakan ke pejabat.



 
                                                  Fringe Peeptoe Block Heels Sandals
 
Rekaan kasut yang ringkas serta ranggi sesuai untuk bersantai dan selesa dengan tumit yang tidak terlalu tinggi .Bentuk kasut yang bertumit tebal dan terbuka dibahagian hadapan.Sesuai digayakan dengan menggunakan skirt mahupun seluar kemana sahaja.

 
Granllnl Heels

Trend  rekaan kasut yang mempunyai kilatan silver amat sesuai ke majlis korporat dan juga ke majlis makan malam dengan rekaan kasut yang sungguh elegan .Keselesaan dengan tumit kasut yang tidak teralu rendah dan tinggi serta rekaan manik yang kemas dapat menaikkan lagi keserian sii pemakai




 
 


Blizzard Shoeboot

Struktur kasut yang rata dan membuatkan lagi si pemakai tampak lebih selesa dan sesuai digayakan ke majlis kecil - kecilan bagi kelihatan ringkas.Rekaan kasut yang terbuka dihadapan dan juga gabungan warna yang semula jadi dapat digayakan dengan pelbagai warna baju dan seluar.
 



 

 

Wednesday, January 06, 2016

Trip ke Jakarta - Bandung Part 1

Assalammualaikum,

Lama tak update blog ni ...  rindu..hari ni datang nak menyemak kejap kat blog ni. Entri kali ni pasal trip aku ke Jakarta - Bandung ,Indonesia. Trip ni under subjek World Destiantion..wajib kena pegi kalau tak ,repeat paper la sem depan. Best apa... sebab subjek ni subjek untuk kaki jalan macam aku ni ..hahaha... siapa yang suka travelling mesti suka subjek ni .Tapi yang tidak oknya sehari sebelum aku nak ke Indonesia demam panas, habis roommate aku semua bagi makan ubat,masakkan aku lauk and bagi aku ubat,kena tealn juga ubat panadol .Yang paling kejam sekali diorng cakap aku tak boleh pergi Bandung sebab orang sakit nanti kena tahan and orang sakit tak boleh shopping...kurang asam  jawa betul diorng tu,macam budak- budak. Lepas telan je ubat and rehat tidur cukup - cukup and bangun kepala dah terasa ringan nasib baik lah cepat baik biarpun panas sikit je lagi. Kita orang pergi Jakarta - Bandung bertolak dari ke rumah start jam 2 setengah pagi dari Pasir Gudang, Johor Bahru.Ngantuk sangat-sangat sebab nak kena berjaga takut over sleep. Nanti ada pula yang merana tertinggal..hehhe.Jam dua setengah pagi tunggu kat ruma sewa.Satu bas express,  kami ambik pakej travel agency ,so naik lah bas dengan muka yang tidak cukup tidur tu,tidur balik dalam bas.Masing - masing mata bengkak kena bangun awal sangat.. Sampai ja kat Singapore kena turun cek and ambik cop kat imigresen. Nak tak nak kena trun juga dengan bag - bag yang besar gedabak. Then lepas tu kitaorang ke sampai ke Airport Changi.tunggu setengah jam sebelum berlepas ke Jakarta Indonesia. Bila dah masuk ke pintu berlepas , nervous lah jugak,aku risau sebab tengok berita - berita pasal kapal terbang kat tv tu tapi sampai ke kat tempat duduk terus tutup mata tidur sekejap. Dah banyak kali tidur ,betul - betul macam panda. Finally selepas satu jam setengah,kitaorang selamat sampai ke Jakarta Indonesia.

    Tempat first yang kitaorang pergi adalah Taman Mini Indonesia, semua replika bangunan sama saiz dengan bangunan yang original.  Bangunan - bangunan yang terdapat di Taman Indonesia ini banyak contoh rumah Bali dan rumah - rumah tradisi dari kaum yang lain.
















 Ramai orang datang kat tempat ni sebab banyak keunikan dan segala tempat yang kita boleh tengok. Lepas jalan - jalan terus naik bas,enat betul masa tu sampai sakit pinggang duduk dalam bas sebab nak gerak ke Bandung , dah lah tiga jam memang sampai je kat Bandung tu penat tak ingat. Then kita orang check in kat Hotel FAVE ..comelll girlish2 gituuuu...



Okay lah nanti aku sambung balik k? heheh maklum lah sekarang ni cuti sem,  Tq for reading.. :) 
Part two to be continued.....