Assalammualaikum
Ermm start dari semalam lagi aku sibuk berurusan dengan JPN,JPJ FT PDRM.
Ketidaksedaran dompet aku hilang tu sampai dapat tapi masih tidak jumpa. Aku sendiri pun x ingat pun aku letak mana..sudahlah gaji semua aku dalam tu, x sempat aku shopping.. yang sempat shopping pun sandal mickey mouse... arghhhhh...stress betullah. Tapi apa yang terjadi ada hikmahnya. Aku tidaklah serisau mana sebab entah kenapa aku rasa dompet aku macam dekat ja dengan aku tapi still x dapat jumpa. Stressss aku...
Harap yang jumpa dompet aku tu bagi balik dekat aku. Dah lah aku pergi balai polis buat laporan , tu lah kali pertama kau masuk balai polis ngeehheeh..seumur hidup tengok dalam drama tv ja. Macam - macam persoalan timbul dalam fikiran , apa lah yang polis tu akan tanya aku nanti. Sepatah dia tanya sepatah tu juga aku jawab. jawab macam dalam drama tv dengan muka serius. kehkehkeh.Nasib lah pegawai polis tu sporting, dia sempat buat lawak . Mungkin dia perasan muka aku yang risau sangat bila ic ft lesen kereta hilang. Hilang stress sekejap.Abang polis tu pun tengok dalam laci dia cek satu - satu dompet manatahu ada dompet aku tersellit juga dalam banyak - banyak dompet dalam tu..habis semua dompet kena bongkar. Masih juga tidak jumpa dompet aku. Pastu buat laporan.That was the first police report pernah buat.Ingatkan susah , buat ja laporan then bayar RM2. Siap terus balik then semalam aku berurusan pergi JPN awal pagi jam 7 setengah,sekali tengok barisan ada 18 orang lagi dekat depan.Tunggu sampai buka kaunter. Buka ja kaunter duduk lah dekat kerusi diam - diam. Pandang sekeliling, ramai betul orang berurusan bila hari isnin. Tu la juga pertama kali aku berurusan sendiri. Bila nombor kena panggil , aku pun pergi lah dekat kaunter yang ambik gambar ic tu . Ada masa aku mahu pergi kaunter sebelah , aku x tahu yang kakak kaunter tu mahu ambik pic ic orang.aku pergi lalu dekat depan ngam - ngam dekat kamera orang ambik gambar tu. Rupanya tu bukan laluan untuk ke kaunter sebelah hahahaaha..patut lah ada bunyi macam flash camera. aku sempat tengok orang yang ambik ic tengah senyum TERSPOIL gara - gara aku lalau betul- betul dekat kamera tu. Nasib x kena marah . Malunyaaa kenapa lah sebelum ni aku x perasan tu bukan laluan ke kaunter sebelah. Aku patah balik ikut jalan belakang sampai lah dekat kaunter aku.Kakak kaunter yang berurusan dengan aku senyum -senyum tahan ketawa,aku pun ketawa je la...hehehe...mahu cover malu pun tidak dapat. Pastu kakak kaunter tu suh aku duduk.ambik pic then buat muka cute. Lepas ja ambik gambar, kena tunggu dua jam . Denda kehilangan kad pengenalan kali pertama kena lah bayar RM110. Sampai dua jam aku pergilah ambik balik kad pengenalan baru tu, tengok muka oklah namapk cantik dari sebelum ni , kalau sebelum ni tudung senget and yang paling best sekali tidak payah pakai tudung warna hitam. Aku pakai tudung aj ja. ok la tu berseri sikit muka aku dalam kad tu , sekurang kurangnya adalah juga corak - corak. Selesai urusan balik rumah tunjuk dekat mak kad pengenalan baru. Mak cakap "siap dah?" then aku pun jawab la " sudah..cuba tengok dekat gambar tu apa yang lain". Mak aku pun tengok dekat. "takda beza pun". " Laaa mak nii....orang pakai tudung aj tu...." . Mak aku pun terkejut. " eikkk bukan pakai tudung hitam?" " entahlah mak mungkin sekarang x payah pakai tudung hitam,kakak kaunter tu tadi suruh duduk ja". aku jawab mak aku balik . " kalau hilang lagi lepas ni nanti mahu pakai aj warna lain corak cupcake mesti cute kan mak ". Mak aku tengok aku "adakah macam tu..". By the way, Alhamdulillah segala urusan aku selesai .Dugaan bulan ramadhan. Tidak lama lagi hari raya...tidak sabar.... :)
No comments:
Post a Comment
Thanx For DeComment..◕‿◕❤