Assalamualaikum..
(Perasaan yang sukar digambarkan, entahlah.. aku x dapat tido sampai pagi hanya memikirkan perkara yang buat aku telah berusaha. Tepat jam 9, mataku melirik kearah jam. "ok..jam 9" . Aku mencapai telefon dan menelefon. " Result awak kena tahan". Hati mula berdebar.. " kenapa?" aku menyoal kepadanya kembali. " Group kamu belum hantar report". Aku terus meletakkan gagang telefon. Lalu aku mencapai telefon lagi dan mencari kawan projek.. " report kita masih tertinggal dekat perhentian bas" ... bum ambik lagi ". Peluh makin banyak memikirkan slip peperiksaan dan juga report yang tertinggal itu. Segera menukar baju dan menaiki kereta. Kereta dipandu laju. Hati resah dan semakin resah apabila sampai ke perhentian bas aku menghulurkan nombor resit . Dengan tahap kesabaran dan berdoa agar buku report itu x hilang. Aku snyum. Akhirnya dapat juga kakak tu cari buku report yang tertinggal. Then.. menuju ke pejabat untuk hantar report dan mengambil slip peperiksaan. Sikit lagi accident sebab ada kereta tidak memandu dengan berhemah... Satu perasaan yang betul - betul buat aku menangis. Aku keluar dari kereta sambil memegang buku report projek. Selangkah masuk kedalam pejabat , aku ternampak seorang wanita yang duduk berhadapan komputer.Aku segera masuk mengetuk pintu bilik dan masuk ke dalam. "Ada bawa report?". Aku mengangguk dan menyerah buku report itu dan wanita itu menghadap semula skrin komputernya. "Berapa no id?". Aku dengan senyuman palsu memberikan no id aku kepadanya. Wanita itu segera mencetak slip peperiksaan ku dan dia hanya tersenyum dan berkata " relax.. awak lulus semua". Saat itu aku merasakan detik keadaan terhent..adakah aku bermimpi? air mata mengalir dan menjerit kegembiraan.... "aku lulus boleh konvo ...!!! ". Satu perasaan yang amat gembira. Lantas aku membuat panggilan dan memberitahu ayah dan segera jari ku menekan 'hold to talk' menjerit dalam group chat bagitau kawan2 rapat aku lulus " . Diorang tumpang gembira. Then berlari macam budak - budak masuk kedalam kereta dan bagitahu mama aku lulus..mama senyum... . Bersyukur kepada Allah s.w.t . Tidak sia - sia aku belajar meneruskan pengajian selama tiga tahun". Tahap kesabaran selma tiga tahun membuat aku lebih matang dan berpengalaman. )
Banyak betul aku cerita... hehehe... saja ja meluahkan perasaan gembira aku ni..Alhamdulillah.. Tamat aku study 3 tahun. Mana tidonya yang lambat...assignment bertimbunan..and projek. Banyak betul halangan aku dalam satu hari ini tapi dengan kesabaran..beryukur kepada Tuhan aku lulus. Lepas ni planning ambil lesen tourist guide. In Shaa Allah... Hope my dream job terlakssana..Amin :)
KEEP CALM AND BERSABAR
P/S : Bersabarlah dengan perkara yang menyulitkan kerana itu ujian dari Allah s.w.t untuk menjadi seorang penyabar dan mendekat diri kepada NYA...
KEEP CALM AND BERSABAR
P/S : Bersabarlah dengan perkara yang menyulitkan kerana itu ujian dari Allah s.w.t untuk menjadi seorang penyabar dan mendekat diri kepada NYA...
No comments:
Post a Comment
Thanx For DeComment..◕‿◕❤