Tuesday, July 14, 2015

Review : BB GARNIER ALL IN 1 PERFECTING CREAM

Assalammualaikum..



Hari ni buat review pasal bb cream Garnier yang sesuai untuk kulit asia. Banyak - banyak bb cream yang aku pernah cuba .. bb cream garnier yang paling sesuai dengan kulit muka aku dan yang paling penting sekali ianya mempunyai SPF 21 PA ++. BB cream ni sesuai sangat untuk kulit muka yang berminyak macam aku ni . Bila keluar ke rumah ja apply bb cream ni dekat muka..fresh n confident walaupun tidak bermekap . rasa macam glowing sikit ja.. x banyak glowing pun sikit ja hehe.





Yang bestnya cream ni cepat menyerap and bila muka tidak berminyak langsung bila dipakai. tu bagi muka aku lah..kalau orang lain x pasti pula. Kalau mahu tambah dengan bedak compact pun boleh , mesti nampak lagi putih melepak and kalau x cukup juga putih nya boleh lah sekalian guna tepung gandum, hah kan sekarang ni musim buat kuih raya , lebih - lebih tepung tu tempek lah dekat muka kalau x cukup putih ..hahahaa... 



 Ni rupa dia selepas disapu. See that? cantik selepas di blend. BB cream mempunyai pelbagai faedah diantaranya ialah :

- mencerahkan kulit muka
- menutup  parut jerawat 
- melembapkan kulit muka
- tidak menyubat pori - pori muka

Dengan shade yang berwarna coklat sesuai dengan warna kulit muka aku ,memang nampak cantik dihari raya nanti cerah dan glowing dengan BB Cream Garnier All in 1 Perfecting Cream. Sesiapa yang ingin mencuba boleh lah dapatkannya di watson , Guardian atau dimana - mana pasar raya yang terdekat. Harganya pun berpatutan. Masa aku beli harga dia rm 15.90. Biarpun harga dia macam tu dengan saiz dia yang kecil tapi berbaloi sebab sesuai dengan kulit muka aku. Lagi pun bukannya pakai banyak - banyak ..sikit - sikit cukuplah . Nanti ada pula nampak  macam badut..kehkehkeh...  Alright tu ja review untuk kali ni .. xoxo semua... Semoga menjalani amal ibadah puasa dengan lancar. 



No comments:

Post a Comment

Thanx For DeComment..◕‿◕❤