Tuesday, December 25, 2012

Mr Right aku Orang Gila? PART 1



Assalamualaikum Readers...

Dengan ini aku melancarkan Cerpen yang bertajuk " Mr Right aku orang gila?".  Time -time cuti ni tiada kerja yang kena buat bagus aku taip - menaip terserlahlah juga bakat aku menulis cerpen biarpun Bahasa Melayu aku tidak sehebat penulis yang handal.. heheheh.... untuk readers yang sudi membaca.sila lah... sory lah kalau jalan cerita tidak best dan ada ber 'PART '' lagi sebab aku menaip menggunakan imaginasi + apa yang terlintas difiikiran ..but there is something yang  dalam jalan cerita  ni tentang diri aku...ni cuma sampingan ja untuk menghilangkan boring but well...well...well.... sharing is good..ngeheheh.. oke readers....



Mr Right Aku Orang Gila Part 1

Keadaan ruang kelas  Tingkatan Lima itu mulai  bising dengan ketiadaan guru yang keluar bermesyuarat.  Hanis yang duduk dimejanya membelek – belek buku yang dibacanya dari tadi tiba – tiba perhatiannya dialih kerana sesorang telah membaling sesuatu kearahnya. Dia melihat pemadam jatuh di atas lantai. Bingkas dia bangun mencari siapa yang cuba membaling pemadam itu. Seorang budak lelaki ketawa terbahak-bahak di hujung meja. “ Arrrghhhh…budak tu lagi, bencinya aku” katanya didalam hati.  Hanis segera membaling semula pemadam itu kearah budak lelaki itu dan kembali semula ke tempat duduknya. Jam Loceng berbunyi menandakan waktu pulang. “ Hanis, jom kita singgah kedai kejap, aku nak beli aiskrim lah”. Zila berdiri dihadapan Hanis sambil membetulkan tudungnya. Zila merupakan kawan rapat Hanis ketika mereka masih berada di Tingkatan Satu. “ Malasnyaaa..,ok tapi dengan satu syarat kau mesti belanja aku aiskrim”. “ Ya lah, aku belanjalah janji kau temankan aku pergi kedai ok?”. Hanis tersenyum melihat kawannya sambil mengemas beg sekolahnya.Sampai dirumah dia masuk kedalam bilik tidurnya,menjadi kebiasaan dia akan menulis diari , tidak lain tidak bukan semua yang ditulisnya pasti akan terselit nama  buadak lelaki tu, Hakim. Itu lah budak lelaki yang selalu menganggunya didalam kelas.


Dear  Diary…..
Aku benci sangat dengan orang gila tu, eeee bencinya sangat-sangat… arghhhh….kenapalah dia ada dalam hidup aku ni? Ada benda ja dia mahu kacau.Rimas betul. Baling-baling pemadam..sudahlah tadi kena denda oleh cikgu, gara-gara budak tu la…huh.. tapi berbaloi juga sebab dia pun kena denda..hahahhaha… puas hati aku. Hurmm…. Kan bagus kalau budak tu tiada dalam kelas, kan aman sikit.Esok ada kelas sejarah mengantuk betul aku dengan kelas tu.  Apapun aku tetap akan terus berjuang sampai habis tingkatan lima. Chayok – chayok untuk berperang  dengan orang gila tu.


Selesai menulis diari, dia pergi keruang meja komputernya. Terpapar di laman Yahoo Messenger." Tangannya pantas menekan butang untuk 'Chatting'. 




"Hmmm... oke Hanis..jangan marah nanti cepat tua". Lantas dia mencapai tuala mandi dan bersiap untuk mengulangkaji.


-----------------------------------------------------------




"Sudikah kau terima aku jadi kekasihmu? " Hakim yang berdiri dihadapan membuat Hanis terkejut dengan tindakannya. "Eh..kau gila ka apa? ".Pantas Hanis menolak Hakim dan terus mengalihkan pandangan yang 
lain. Hakim yang terjatuh lantas berdiri sambil memegang tangan Hanis. " Hanis......" 
 ...."Sudahhhhhhhhhhh jangan kacau akuuuuuuuu...pergiiiiiii...". Lalu Hanis berlari ,meninggalkan Hakim.






Dari jauh meninggalkan Hakim yang masih terkapai - kapai memanggil namanya.

Tiba - tiba terdengar suatu suara dari arah lain. " Oi..Hanis bangun...bertuah betul punya budak.ei..bangunlah pergi sekolah....bangunn.." Ibu nya mengejutkan Hanis dari tidur.




     "Hah...?? Ibu.... Yalah bangunlah nie.....     mengantuknyaaa.....".  Hanis segera bangun dari katil , tiba - tiba dia teringat mimpinya tadi. " Fuhhhhh...nasib baik mimpi..hahahha..." .

Jam Loceng berbunyi menandakan waktu kelas bermula. Hanis dan Zila seperti biasa akan masuk ke dalam kelas. "Baiklah murid - murid..keluarkan buku Agama Islam kamu,buka mukasurat 23". Masing -masing mengeluarkan buku dari laci meja. " Arggghhhhhhhhhhhhh.............mak nenek kau...... " Hanis menjerit kerana melihat lipas mati didalam lacinya. Hanis memang geli akan lipas, pasti dia akan menjerit. "Hanis...ada apa tu?". Dia yang masih lagi terkejut melihat lipas mati. " Ada lipas cikgu.."..Rakan -rakan sekelasnya ketawa besar. Merah pipinya diketawakan oleh kawan-kawannya. "Kurang asam..ni mesti kerja orang gila tu". Matanya melihat Hakim yang tersengih - sengih menahan ketawa. Hakim yang melihat Hanis dari tempat duduknya menjelirkan lidah mengejek Hanis. "Nanti kau...".  Zila yang duduk bersebelahan dengan zila mengambil lipas mati itu dan dibuangnya ke dalam tong sampah.

       "Ish Hanis..engkau ni pun satu, kenapa kau menjerit dekat kelas tadi " Zila mengeluarkan bekal makanannya. " Macam mana jugak..aku takut lipas kau tahu tak? Geli..." Hanis membalas kata - kata Zila.
Zila tidak lagi menghiraukan jawapan Hanis, dia mula menyuap nasi goreng kedalam mulutnya.Mata Hanis masih tertumpu kearah Hakim yang duduk semeja dengan rakan-rakannya yang lain. "Aku mesti buat sesuatu...".


-----------------------------------------------------


Suasana tenang  sekali diruang tasik yang penuhi dengan pokok bunga bungaan  yang cantik dipandang. Dengan berpakaian sekolah dia duduk  sambil melihat keadaan tasik yang cantik pemandangannya. Dia ingin berehat sebentar sebelum pulang kerumah. Tiada sesiapa kecuali dirinya sendiri.  "Hurmm..apalah aku nak buat ni... Oh no.....oke aku kena buat strategi macam mana aku akan kenakan balik orang gila tu balik...  geram ja bila fikir balik, sudahlah tadi dekat sekolah  dia letak lipas mati dekat meja, buat aku malu ja".

 "Hah aku tahu apa nak buat". Dengan strategi yang bakal digunakannya nanti, dia segera pulang kerumah.

Dia membuka laptopnya sambil menyisir rambutnya yang hitam lurus.




"Mana pula dia ni, selalunya online..hurm...baik aku pergi dapur, lapar lah pula".

"Ibu.....masak apa hari ni ?

" Hanis... ibu masak terung bakar dengan ikan goreng ja hari ni, nak makan?". Hanis hanya menggangguk dan menunggu ibunya menghidangkan nasi.

" Macam mana sekolah hari ni? Kerja rumah ada tak?". Ibunya mengambil sedikit nasi dan dihulurkan kepada Hanis. Muka musam ditunjukkan kepada ibunya.

" Ni mesti kena kacau dengan budak tu lagi kan? Jangan lah masam -masam anak ibu ni, dia cuma nak berkawan ja tu". Ibunya tersenyum melihat Hanis yang menyuap nasi yang berlaukkan ikan goreng.

 "Ibu ni...Hanis tidak suka dengan dia tu, suka sangat kacau Anis dekat kelas".
Ibunya hanya menggelengkan kepala. "Dahlah tu, makan cepat, buat kerja rumah.



"Kenyangnya....hehehehe". Hanis menuju ke biliknya semula.





Dia mengambil buku untuk mengulangkaji tetapi masih lagi tidak dapat menarik perhatiannya untuk membaca. :Mengantuk lah pula lepas makan..tidurlah kejap'.
 .

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Ehh...yepiii... aku lulus lah...." Segera Hanis menunjukkan sehelai kertas yang tertera keputusan Spm nya kepada Zila. "Alah..aku pun lulus juga..".... Hanis mengambil kertas keputusan Spm Zila. "Yalah..."
Zila memandang ke arah Hanis "Hebatkan aku?". "Tak pun..." Hanis menjelir lidahnya sambil ketawa.
"Jeleslah tu ". Hanis mengerling matanya kearah Hakim."Dia luluskah juga? ". Hakim berkumpul bersama- sama dengan rakannya. Dia sedar ada mata yang melihat kearahnya. Dia memandang terus kearah Hanis. "Aiyakk....ee...kenapa dia pandang sini..ish..". Hakim hanya tersenyum kambing. " Oi Hanis jomlah balik, pa lagi kau buat dekat situ ". "Hah..aku datanglah nie".


5 Tahun kemudian......

"Selamat Hari Raya.." Hanis yang baru melangkah kaki masuk kedalam rumah liza sambil bersalaman.   "Selamat hari raya juga, lamanya tak jumpa kau.. rindu sangat... kau asyik bz ja.. " Mereka melabuhkan punggung diatas sofa bersertakan hidangan juadah aneka kuih raya. "aku kan kerja.. alah.. kau ni macamlah takda no fon aku ". Liza hanya tersengih. " ya lah, tapi jarang jumpa...heheh... hah.. ko makan dulu, aku panaskan rendang daging dulu". Hanis memandang kearah kuih. Almond London kuih kegemarannya. "Assalmualaikum......." Seorang lelai yang memakai baju melayu serba biru berdiri di luar rumah.
"Hakim....waalaikumsalam..masuklah.."










 











2 comments:

Thanx For DeComment..◕‿◕❤