Tuesday, November 20, 2012

BerSHUFFLING dalam hutan...

Assalamualaikum semua...disebabkan video yang dibuat terdelete..aku dengan kawan-kawan  masuk hutan ..tension betul..kena buat video balik. tapi bukanlah tension sangat..bak kata pepatah sambil menyelam minum air..hah tu la yang kami buat..sambil- sambil buat video..lama-lama buat video gila-gila..ngehehe..aku dengan kawan-kawan buat video bershuffle dalam hutan, dalam trail..atas rumput..atas kerusi taman...memang gila betul.....ada buat movie..tapi tu lah private...lepas ja keluar dari hutan..masuklah pergi canopy walkway, ternampaklah orang utan bongkar sampah cari makanan...pergi cafe ,jumpa lagi pelancong suami isteri..memang sweet sangat-sangat peramah...Suami dia kerja publisher buku, isteri dia kerja jadi cikgu dekat England. Kami orang duduk lah satu meja dengan sepasang suami isteri tu, banyak betul suami dia ceritakan pengalaman dia masa travel pergi negara-negara yang lain. Ada satu perkataan dia cakap sesetengah orang yang tidak keluar pergi mana-mana tengok dunia luar,lepas tu dia tanya apa dalam bahasa melayu kalau bagi perumpamaan perkataan tu, kami orang pun cakap lah "Katak bawah tempurung". Orang putih tu tidak faham bahasa melayu,jadi aku dengan konfidennya translatekan lah "Frog under Coconut".Kawan aku pun hairan "bukan tempurung tu yang kulit dia?". Aku tahu tapi dalam BI aku tidak tahu apa tempurung dalam english. " Oh My English" betullah..ngahahhaha.....Last-last dapat translate " Frog under the empty shell of coconut".Ketawa orang putih tu.Ni lah ni kalau budak Tourism campur dengan budak Forestry.  Orang putih tu cakap " The best thing of you three is you three has sense of humour". Kami ketawa... memang best bercerita dengan orang putih tu...Tu lah journey berjam -jam dalam trail.Ok..Just to share...

p/s: kena baca kamus ni,....

5 comments:

  1. ahhaha! akak ni kelakar laaa :DD

    ReplyDelete
  2. cakap bi dengan orang putih seronok jugak sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best tapi bila ada masanya mesti terlupa ayat bi tu..ngehehe

      Delete
  3. hahaha lawak je Frog under the empty shell of coconut ,ahahah

    ReplyDelete

Thanx For DeComment..◕‿◕❤