Sunday, October 28, 2012

Don't Give Up ....Oooo Yeahhh

Assalamualaikum semua... Salam Aidiladha... lamanya tidak update blog, apa tidaknya bz memanjang ja.. baru -baru ni aku pergi Sepilok Laut. It's a nice place, kawasan bakau, udara segar...ada sungai..... tu la trekking masuk  ke Sepilok Laut huh..memang mencabar kesabaran aku betul. Jalan trekking masuk dalam hutan ambik masa  5 jam tu termasuk rehat lah tu...6kilometer turun naik bukit huh... bukit bukan alang-alang... setinggi paras laut, ntah aku lupa nak snap signboard tu.memang tinggi sangat2 aku naik pun gayat. fuhh....dua bukit ok jg dapat juga lalu, bila bukit seterusnya...aku tengok ja bukit tu dari bawah.."Ala..malasnya..sakit kaki....semua orang sudah sampai bukit ke 3, aku ja baru bukit  no 2... abang yang seorang yang ikut tu pun sanggup dia patah balik sebab tidak tahan naik bukit. kawan-kawan praktikal sekelas dengan aku budak lelaki 3 orang tu  aku ejek pasal bukit masa dekat hutan Orang Utan Rehabilition Centre hari tu ". Aku paksakan juga kaki naik bukit biarpun kejang macam batu, sakit betul. Bila sampai ja bukit ke 3 aku duduk penat sangat...Lepas rehat sekejap,sambung teruskan perjalanan lagi...sampai lah bukit ..pandang lagi bukit no 4 tu..yang bukit puncak lah tu..." macam mana lah mahu teruskan ni...kaki sakit..penat..tengok pakcik tua tadi depan aku pun dekat depan laju lagi dia jalan".Kawan yang guide masuk hutan tu pun cakap "saya bagi kamu semangat ni..." Terharunya aku cehh...ngehehehe...aku kan yang paling  last sekali. Dahlah chubby...naik bukit. aku jalan ja naik bukit no4 tu...habis ja naik bukit no4 jalan lurus...ada lagi bukit tinggi kena lalu air terjun. " Boleh  kah aku buat ni ". bila teringat kawan-kawan ejek pasal bukit hari tu... buat juga keputusan jalan terus naik bukit sampai tidak peduli pacat naik ke apa ka, janji sampai. Lepas ja lalu bukit no 5 aku sampai... Taraaa..akhirnya dengan senyuman yang konfiden senyum tahan sakit kaki dengan pacat-pacat yang masih melekat dekat kaki, aku tengok semua orang sekeliling.." Hah, baru tahu , siapa kata gadis seChubby aku ni x dapat naik 5 bukit  tinggi". Kawan2 lelaki aku pun bersorak dari jauh.. " Dapat juga arr..kau sampai ke sini.." Pakcik tu tanya aku, aku jawablah  " mestilah..rugi kalau separuh jalan". Semua orang tanya aku..aku jawab benda yang sama. Apa pun usaha aku gara-gara mahu hantar projek signage kitar semula ke Sepilok Laut pun berjaya juga,...biar pun pacat-pacat melekat dekat kaki.. Sambil tengok pemandangan sekeliling "Nothing is impossible" Yeahh...tersenyum sendiri bila ingat naik bukit tadi macam survivor...

Super ChubbyGirl said -->  : Macam cerita cerpen lah pula... moral of the story...jangan putus asa... selagi boleh buat teruskan ja..semua mesti dapat buat apa yang diinginkan..

No comments:

Post a Comment

Thanx For DeComment..◕‿◕❤