Sunday, November 11, 2012

Cara aku study ???

Assalamualaikum semua... selamat petang...petang - petang yang baru habis hujan beginilah nyaman sekali..mata pun mulalah mengantuk. Entah kenapa aku mahu buat entri 'Macam mana aku study'. Tiba- tiba aku teringat cerita Nona yang semalam tu , adi yang nama Adi Putra, genius dia luar biasa..kan bagus kalau aku genius dalam matematik..matematik aku pun low sangat-sangat. Aku tahu setiap orang ada kelebihan sendiri. Cara aku belajar entah sama dengan orang lain atau tidak aku sendiri pun tidak tahu. Aku belajar menggunakan imaginasi, semua yang aku buat guna imaginasi..tapi bukannya imaginasi yang bukan-bukan.Pernah satu malam tu sebelum raya aku ubah suai baju kebaya aku gara- gara makcik tukang jahit tu jahit baju yang bukan aku mahu , aku ubah jadi cardigan tu pun secara diam-diam, takut mak aku marah aku repair baju raya.Memang kerja gila aku ambi risiko gunting baju tu lepas tu jahit sedangkan esok raya pertama. pukul 3 setengah pagi baru aku tidur. Esok paginya aku bangun tengok baju tu lega juga dapat siap kan, aku pakai lepas tu turun tangga..mama aku tidak cakap apa pun.Mama terkejut. Sampai ja dekat kampung, semua sepupu tengok baju aku, sampai ada yang kata memang bagus jadi fashion designer.Aku ketawa ja.Memang aku lah cinderella time tu .( perasan...hehehhe). Semua projek yang aku buat semuanya guna imaginasi macam budak-budak pula. Huh..apa pun aku bersyukur,aku ada kelebihan tu... 

No comments:

Post a Comment

Thanx For DeComment..◕‿◕❤